Isnin, 16 Ogos 2010

RAMADHAN MEMBINA KEIMANAN DAN KETAQWAAN

Oleh : Huda al-Madani

Muqaddimah

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, kerana ibadah yang dilakukan sepanjang ramadhan akan digandakan pahala oleh Allah . Umat islam diwajibkan berpuasa sebagaimana umat terdahulu berpuasa. Firman Allah  :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan terhadap orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa".

Ibnu Jarir al-Tabari meriwayatkan daripada Mucaz bin Jabal , bahawa Nabi  telah berpuasa sunat setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Baginda sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, 10 Muharram (يوم العاشوراء) dan tiga hari setiap bulan (يوم البيض). Setelah itu, Allah  telah menurunkan ayat di atas supaya seluruh umat Islam berpuasa sebulan Ramadhan.

Kefardhuan berpuasa ini diwajibkan pada tahun ke 2 Hijrah, iaitu selepas berlakunya peristiwa pertukaran arah kiblat dari Bait al-Maqdis di Palestin ke arah Ka'abah di Mekah. Firman Allah  :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
Maksudnya :
"Sesungguhnya kami melihat kamu mendongak muka kamu ke langit, maka kami memalingkan ke arah kiblat yang kamu sukai, maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjid al-Haram".

Peristiwa tersebut berlaku ketika Nabi  menziarahi sahabatnya yang bernama Ummu Bisyir di perkampungan Bani Salamah. Pada waktu itu, Baginda sedang bersolat Asar. Kemudian turunlah ayat surah al-Baqarah ayat 144 setelah Baginda telah berdoa selama 18 bulan meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah . Lalu Allah  memakbulkan doa Baginda. Ekoran daripada ejekan dan hinaan yang terlampau daripada Kafir Yahudi terhadap Baginda dan umat islam.

Puasa juga pernah dilaksanakan oleh umat terdahulu seperti kaum Yahudi, Kristian, Mesir Lama, Rom, Yunani dan Hindu.


Berpuasa dengan berniat dimalam hari

Orang yang beriman tidak akan lupa niat pada malam hari, kerana setiap amalan hendaklah dilakukan dengan niat. Niat hendaklah dilakukan pada malam hari. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn cUmar  Nabi  bersabda :
مَنْ لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
Maksudnya :
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum menjelang Fajar, maka tiada puasa baginya".

Hadis di atas menerangkan kewajipan bagi setiap umat islam supaya berniat dimalam hari sebelum terbitnya fajar. Sekiranya tidak berniat demikian, puasa seseorang itu tidak dikira.


Bersahur dan melambatkannya

Disunatkan bagi sesiapa yang berpuasa, bangun bersahur dan melambatkannya. Nabi  menggalakkan umatnya bersahur kerana sahur itu mempunyai keberkatan. Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik  Nabi  bersabda :
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya :
"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada berkatnya".

Waktu bersahur adalah lebih kurang membaca 50 ayat dari al-Quran sebelum berkumandangnya azan Subuh. Hadis yang diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit  :
أَنَّهُمْ تَسَحَّرُوا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامُوا إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ أَوْ سِتِّينَ يَعْنِي آيَةً
Maksudnya :
"Kami makan sahur bersama Nabi , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata : Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab : “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat".


Berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan

Seseorang yang berpuasa dikehendaki mengikhlaskan diri kepada Allah  dengan penuh keimanan dan ketaqwaan tanpa paksaan atau mengikut adat orang tua-tua dahulu berpuasa. Hadis daripada Abu Hurairah  Nabi  bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya :
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau".

Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :

1) Dilakukan Dengan Penuh Keimanan
Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.


2) Berpuasa Semata-Mata Mengharapkan Keampunan Allah

Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah . Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah  antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.


Mendirikan Solat Sunat (Tarawih, Tahajjud dan Witir)

Nabi  menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan solat-solat sunat seperti Tarawih, Tahajjud, Witir dan sebagainya sepanjang tempoh Ramadhan. Hadis daripada Humaid bin cAbd al-Rahman  Nabi  bersabda :
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ
Maksudnya :
"Sebaik-baik Solat selepas Solat Fardhu ialah Qiyamullail".

Hadis di atas menerangkan kelebihan solat pada sebelah malam adalah sebaik-baik solat selepas solat fardhu. Ini merupakan galakan kepada umat islam supaya rajin menunaikan solat sunat pada sebelah malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah  Nabi  bersabda :
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya :
"Barangsiapa yang mendirikan solat pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau".



Memperbanyakkan Bacaan al-Quran

Disunatkan membaca al-Quran sepanjang Ramadhan, samada membaca, belajar, tadarus atau mengajar al-Quran. Nabi  sendiri bertadarus al-Quran bersama dengan Jibrail  sepanjang musim Ramadhan. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn cAbbas  maksudnya : " Jibril  menemuinya (Nabi ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya."


Menunaikan Solat Fardhu Secara Berjemaah

Solat Fardhu secara berjemaah adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan daripada cAbdullah Ibn cUmar  Nabi  bersabda :
صَلاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :
"Solat Berjemaah lebih baik dari Solat Bersendirian (digandakan pahala sebanyak) 27 darjat".

Hadis tersebut menerangkan kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian sebanyak 27 darjat. Ini menunjukkan solat yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan juga digandakan ganjarannya oleh Allah .


Memperbanyakkan Doa Sepanjang Ramadhan

Doa merupakan perkara yang penting yang tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim. Bermunajat dan memohon sesuatu daripada Allah  adalah dituntut bagi hambanya yang beriman. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah  Nabi  bersabda :
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya :
"Tiga golongan tidak ditolak doa mereka, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi".


Hadis di atas menjelaskan, terdapat tiga golongan manusia yang Allah  tidak menolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Sehubungan dengan itu, kita digalakkan memperbanyakkan doa sepanjang Ramadhan, lebih-lebih lagi ketika hampir waktu berbuka. Hadis yang diriwayatkan daripada cAmru bin al-cAs  Nabi  bersabda :
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya :
" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika ia berbuka, doanya tidak ditolak (sebelum berbuka)".

Hadis di atas menerangkan, doa orang yang berbuka puasa akan dimakbulkan oleh Allah .


Sentiasa Bersedekah

Bersedekah merupakan amalan yang dituntut oleh setiap muslim, lebih-lebih lagi sepanjang Ramadhan. Nabi  juga menggalakkan supaya menjamu orang yang berbuka puasa. Hadis yang diriwayatkan daripada Khalid bin Zaid al-Juhaniy  Nabi  bersabda :
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya :
" Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan