Ahad, 24 Januari 2010

TIPS UNTUK LELAKI & PEREMPUAN


KATA-KATA HIKMAH DAN MOTIVASI

1.  Thinking well is wise. Planning well wiser. Doing well wisest and best of all.
Berfikir dengan baik adalah bijak. Merancang dengan baik adalah lebih bijak dan melaksanakan dengan baik adalah paling bijak dan yang terbaik.

2.  Man, with God’s help and personal dedication is capable of anything he can dream.
Seorang insan dengan restu dan keizinan Allah serta azam / iltizam dalam dirinya mampu menjayakan impiannya.

3.  To accomplish great things, we must not only act but also dream, not only plan but also believe.
Untuk mencapai kejayaan yang besar, kita bukan sahaja perlu bertindak tetapi mempunyai wawasan, bukan sahaja merancang tetapi yakin.

4.  There is no achievement without goals.
Tidak akan ada kejayaan tanpa matlamat

5.  Be not afraid of going slowly, be afraid only of standing still.
Jangan bimbangkan tindakan yang beransur-ansur, lebih membimbangkan sekiranya membatu dan terbantut.

6.  If not you, then who? If not now, then when?
Kalau tidak Anda, siapa lagi? kalau tidak sekarang, bila lagi?

7.  There is always a better way.
Sentiasa ada jalan yang lebih baik

8. Thinking is the hardest work there is, which is probable reason why so few engage in it.
Berfikir adalah tugas yang paling berat. Itulah sebabnya kenapa terlalu sedikit yang melakukannya.

9.  Nothing is impossible to a willing heart.
Tidak ada yang mustahil bagi seseorang yang sentiasa bersedia.

10.  A searching question is half of a problem’s solver.
Soalan yang teliti dan teratur dapat menangani sesuatu masalah.

11.  The only limit to our realization of tomorrow will be our doubts of today.
Kesulitan perancangan hari esok adalah susulan keraguan pada hari ini.

12.  The greatest power that a person possesses is the power to choose.
Kekuatan seseorang yang tertinggi ialah kekuatan membuat pilihan

13.  He who believes is strong. He who doubts is weak.
Seseorang yang yakin bersemangat jitu, seseorang yang ragu-ragu tidak bersemangat

14.  It’s what we do that makes the difference.
Tindakan positif kita yang membezakan antara kejayaan dan kegagalan

15.  Observe all men, thyseif most.
Perlu teliti orang-orang di sekeliling terutamanya diri sendiri.

16.  You win not by chance, but by preparation.
Kejayaan dicapai bukan secara kebetulan, tetapi melalui perancangan dan persiapan

17.  Know others is wisdom, knowing yourself superior wisdom.
Kenali orang sekeliling adalah bijak, kenali diri sendiri lagi bijaksana.

18.  Failure is success if we learn from it.
Kegagalan merupakan satu kejayaan jika kita belajar daripadanya.

19.  Success occurs when opportunity meets preparation.
Kejayaan terjadi bila peluang / kesempatan bersatu dengan persiapan

20.  Don’t find fault, find a remedy.
Jangan cari kesilapan, tapi carilah jalan penyelesaian.

21.  The secret of life is to know who you are and where you are going.
Rahsia kehidupan ialah mengenali siapa anda dan hala tuju anda.

22.  Doing little things well is the way towards big thing better.
Melaksanakan tugas-tugas rutin dengan baik dan berkesan adalah langkah bermakna ke arah pelaksanaan tugas-tugas penting.

23.  I never learn anything talking. I only learn things when I ask questions.
Saya tidak mempelajari sesuatu hanya dengan berkata-kata, tetapi saya beroleh ilmu dan pengalaman apabila bertanya.

24.  People don’t care how much you know, until they know how much you care.
Orang tidak akan mempersoalkan kita tentang berapa banyak ilmu kita, tetapi mereka memperkatakan berapa banyak keperihatinan yang kita sumbangkan.

25.  Successful people are not people without problems, they’re simply people who’ve learned how to solve their problems.
Orang yang berjaya bukanlah mereka tidak mempunyai masalah tetapi mereka belajar menangani masalah.

26.  Great minds have purposes, other simply have wishes.
Orang yang bijak mempunyai wawasan, sementara yang lain cuma berangan-angan

27.  Cooperation is spelled with two letters – WE
Kerjasama wujud berlandaskan kata-kata KITA (We)

28.  Genius is the ability to reduce the complicated to the simple
Orang yang bijak berkemampuan memudahkan persoalan yang rumit

29.  It is much easier to be critical than to correct.
Adalah lebih mudah mengkritik, daripada memperbetulkan

30.  The journey of a thousand miles starts with a single step
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama

31.  A will finds a way
Keazaman akan jumpa jalan haluan

32.  People do not lack strength, they lack will
Manusia tidak kesesakan tenaga tetapi mereka kesesakan keazaman

33.  Every job is a self-portrait of the person who did it. Autograph your work with excellence.
Setiap tugasan adalah potret orang yang melaksanakannya. Tandakan tugasan tersebut dengan kecemerlangan

34.  Many receive advice, only the wise profit from it.
Ramai menerima nasihat, cuma yang bijak beroleh manfaat

35.  A man learns little from the victory, much from defeat.
Seseorang beroleh hikmah yang sedikit daripada kejayaan tetapi banyak diperoleh daripada kegagalan.

36.  Success does not consist in never making mistakes but in never making the same a second time.
Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan, tetapi tidak mengulangi kesilapan yang sama.

37.  Judge a man by his questions rather than by his answers.
Kenali seseorang daripada pertanyaannya dan bukan dari jawapannya.

38.  Take time to deliberate but when the time for action has arrived stop thinking and jump in.
Ambil masa untuk berfikir, tetapi bila dah sampai masa bertindak jangan bertangguh / berlengah lagi

39.  It makes no difference where you came from but a great difference where you’re going
Tidak penting dari mana anda berasal, tetapi amat penting ke arah mana halatuju anda

40.  This one step, choosing a goal and sticking to it – changes everything.
Mempunyai matlamat dan bertindak adalah langkah penting yang membawa kejayaan

41.  I cannot change yesterday, i can only make the most of today and look with hope towards tomorrow.
Saya tidak mampu mengubah sejarah semalam, saya bisa berbuat sesuatu untuk hari ni dan melakar harapan untuk berjaya hari esok

42.  If there’s a way to do it better .. find it.
Sekiranya ada cara bertindak yang lebih baik .. teruskan ..

43.  Doing at once what needs to be done, will increase the possibility of success
Melaksanakan sesuatu yang penting dengan segera akan menjamin kejayaan

44.  The talent of success is nothing more than doing what you can do well and doing well whatever you do.
Ciri-ciri kejayaan ialah lakukan sesuatu dengan cemerlang

45.  Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved
Kejayaan adalah peluang bukannya secara kebetulan. Ia juga bukan sesuatu yang ditunggu, tetapi perlu diusahakan dan digapai

46.  The great thing in this world is not so much where we are but in what direction we are moving.
Keistimewaan selaku insan, bukannya di mana kita berada tetapi ke arah mana hala tuju kita.

47.  Quality – when it’s on your mind, It shows in your work.
Kualiti apabila terjelma di dalam minda ia akan menjadi kenyataan di dalam hasil kerja seseorang

48.  Coming together is a beginning, Keeping together is progress, Working together is success.
Berkumpul bersama adalah permulaan, bersatu bekerjasama adalah kemajuan, bermuafakat adalah kejayaan

49.  There are four steps to accomplishment;
Plan purposefully, Prepare prayerfully, Proceed Positively, Pursue persistently.
Empat langkah ke arah kejayaan;
Perancangan yang bermakna, persediaan yang teliti, pelaksanaan yang positif, dan Usaha yang gigih.

50.  Successful people have formed the habit of doing those things unsuccessful people dislike doing and will not do.
Orang yang berjaya mempunyai tabiat melakukan perkara-perkara yang tidak disukai, bahkan yang dihindari oleh orang-orang yang gagah

51.  People are anxious to improve their circumstances but they are unwilling to improve themselves. They therefore remain bound.

Manusia amat ghairah cuba membaiki keadaan di sekeliling tetapi amat keberatan membaiki diri sendiri. Justeru itu mereka kekal kaku, beku dan tidak proaktif

52.  Let us not look back in anger, nor forward in fear, but around us in awareness
Jangan kita toleh ke belakang dengan nada marah, jangan pandang ke hadapan dengan nada cemas, tetapi kita pandang ke sekeliling dengan penuh kesedaran dan penghayatan.

53.  The first and most important step toward. Success is the feeling that we can succeed.
Langkah pertama dan paling penting ke arah kejayaan ialah keyakinan (serta tawakkal) bahawa kita akan berjaya

54.  The secret of success in life is for a man to be ready for his opportunity when it comes.
Rahsia kejayaan seseorang ialah kesediaannya menggunakan peluang / kesempatan yang mendatang (keemasan)

55.  An optimist sees an opportunity in every calamity, A pessimist sees a calamity in every opportunity.
Orang yang optimis (bersikap baik sangka – Husnul al-Zan) melihat hikmah di sebalik musibah
Orang pesimis (bersikap buruk sangka – Suu al-Zan) melihat kesulitan masalah di sebalik kesempatan

56.  The successful man will profit from his mistakes and try again in a different way.
Orang yang berjaya melihat hikmah di sebalik kesilapannya dan akan mempelbagaikan usaha untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

57.  We human beings can survive the most difficult of circumstances if we are not forced to stand alone.
Selaku insan, selain Allah kita perlukan orang lain untuk bersama menghadapi sebarang cabaran hidup.

58.  One who is too insistent on his own views, finds few to agree with him
Seseorang yang terlalu ghairah, supaya pendapatnya diterima akan mendapat sokongan yang amat mengecewakan.

59.  The world SELDOM NOTICES who the teachers are, but .... CIVILISATION dependents on WHAT THEY DO and WHAT THEY SAY.
Dunia jarang memberi perhatian tentang siapakah GURU-GURU ... tetapi corak PERADABAN DUNIA bergantung kepada apa yang GURU-GURU LAKUKAN dan apa yang mereka SAMPAIKAN...

60.  In the life of every student, there’s a vacuum waiting to be filled by a teacher:
Who can impart greater self-confidence, who can nurture undiscovered talents,  who can direst untapped energies, into some form of personal fulfilment.
Dalam kehidupan seorang pelajar, terdapat ruang yang menunggu pengisiannya oleh guru;
Siapa yang akan memberikannya keyakinan diri, yang akan mencungkil potensi tersembunyi, yang akan membimbing diri murid, yang akan melakukan sesuatu yang bermanfaat serta membawa kepada kepuasan diri..

MEREMEH-REMEHKAN DOSA

Barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu adalah tanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Sayyidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga karena seekor lalat, dan seorang lelaki masuk neraka juga karena seekor lalat.” Murid-muridnya bertanya, “Bagaimana itu terjadi?” Ia lalu bercerita, “Dua orang lelaki berjalan melalui sebuah kaum yang penyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka.
Kaum itu berkata kepada salah seorang dari keduanya, “Persembahkanlah sesuatu untuk berhala.” Ia menjawab, “Aku tidak memiliki apa-apa.” Mereka berkata, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. Salman berkata, “Orang ini masuk Neraka.” Mereka berkata kepada lelaki yang lain, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT.” Mereka lalu memenggal kepalanya. Salman berkata, “Orang ini masuk syurga.”

Selain itu Imam Al-Sya’rani bercerita: Seseorang bermimpi bertemu Imam Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, “Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?” Dia menjawab, “Allah mengampunkan aku karena suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis.”
Kisah yang dipaparkan ini mengajar kita sesuatu yang sangat penting, iaitu walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang namun kadang-kadang memberikan impak yang sangat besar. Seekor lalat dapat menentukan nasib seseorang di akhirat: Apakah ia akan masuk syurga atau neraka.

Perintah Kecil

Segala sesuatu yang Rasulullah SAW perintahkan, sekecil apa pun perbuatan itu, mengandungi hikmah tertentu bagi diri dan masyarakat kita. Oleh sebab itu, seorang pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecil perbuatan baik yang dilakukannya. Sebaliknya, perbuatan itu dilihat sebagai peluang besar untuk meninggikan darajat di dalam syurga dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kau meremehkan perbuatan baik (ma’ruf) sekecil mana pun, walau hanya tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu.” (HR Al-Bukhari).

Setiap tokoh besar dalam Islam tidak pernah melihat kecilnya sebuah perbuatan baik, akan tetapi menyaksikan kebesaran Allah yang mencintai kebaikan tersebut. Sehingga semangatnya dalam kebaikan tidak lebih kecil daripada ketamakan seorang pencinta harta yang tak pernah ragu mengambil wang sekecil walaupun yang ditemuinya di tengah jalan. Ia tidak melihat kecilnya nilai wang itu, akan tetapi ia selalu membayangkan peningkatan kekayaannya karena wang tersebut.

Seorang sahabat Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata, “Barang siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya.” (HR Ibn Al-Mubarak pada kitab Al-Zuhd). Ertinya, barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu pertanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Dua rakaat solat sunnah yang sangat ringan dan tidak mengambil banyak masa, namun impak positifnya sangat besar di akhirat kelak. Imam Ibnu Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari Abu Hurairah: Suatu hari Rasulullah SAW sedang melalui di sebuah kubur yang baru dikebumikan jenazah. Baginda bersabda, “Dua rakaat singkat yang kalian anggap remeh namun boleh menambahkan pahala orang ini kerana lebih dia sukai daripada seisi dunia.”

Menyedari hal ini, ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash sewaktu melewati sebuah perkuburan, beliau segera melakukan solat dua rakaat. Seseorang bertanya kepadanya, “Ini sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.” Dia berkata, “Aku membayangkan ahli kubur dan amal perbuatan yang tidak akan dapat mereka lakukan lagi. Maka aku ingin lebih mendekatkan diriku kepada Allah dengan dua rakaat tadi.”

Mengeluarkan sampah yang terletak di lantai masjid sangat ringan, namun bernilai tinggi di sisi Allah. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Buraidah Al-Aslami bahawa Rasulullah SAW melihat sebuah kubur yang baru ditimbus. Lalu baginda bertanya, “Kubur siapa ini?” Abu Bakar menjawab, “Ini kubur Ummi Mihjan, seorang wanita yang sangat suka memungut serpihan sampah di masjid.” Nabi bersabda, “Mengapa kalian tidak memberitahuku (tentang kematiannya)?” Abu Bakar menjawab, “Waktu itu anda sedang tidur. Kami tidak ingin mengganggu anda.” Nabi bersabda, “Jangan lakukan seperti itu lagi. Sesungguhnya solatku bagi jenazah akan menjadi cahaya di dalam kuburnya.” Baginda terus mengatur barisan sahabatnya dan melakukan solat ghaib untuk wanita itu.

Membuang sampah di masjid ini sangat diambil berat oleh ahli hadis terutama Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (w.256 H). Pada sebuah majlis di sebuah masjid, Imam Al-Bukhari melihat seseorang mengasah penselnya. Potongan kecil pensel yang terjatuh di atas lantai itu dibiarkan begitu saja. Imam Ahli hadis ini hanya diam dan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, beliau boleh menegur orang tersebut atau memerintahkan pegawai masjid untuk membersihkan lantai itu. Namun ahli hadis ini memilih untuk diam sebab beliau ingin mendapat ganjaran sunah untuk mengeluarkan kotoran dari masjid. Setelah semua orang pergi meninggalkan masjid, Imam Al-Bukhari segera mengambil potongan pensel itu dengan tangannya lalu membuangnya keluar.

Begitu juga mendoakan orang yang bersin sangat ringan, namun besar nilainya di sisi Allah terutama ketika sunnah ini telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang. Imam Abu Daud Sulaiman bin Asy’ats Al-Sujistani (w.275 H), penulis kitab “Sunan”, suatu hari berada di pinggir sebuah sungai. Tiba-tiba beliau mendengar seseorang dari seberang sungai itu bersin. Dia segera mendapatkan sebuah sampan untuk menyeberangi sungai itu bagi menemui orang tersebut. Dia berkata, “Apa yang kamu ucapkan ketika bersin?” Orang itu menjawab, “Aku ucapkan: Alhamdulillah.” Imam Abu Daud segera berkata, “Yarhamkallah (semoga Allah merahmatimu).” Setelah itu dia kembali ke tempatnya semula.

Membantu orang lain yang memerlukan walau dengan kata-kata dan nasihat yang baik akan ditulis sebagai sedekah yang sangat berharga. Imam Jalaluddin Al-Mahalli, seorang ahli fiqah Mazhab Al-Syafii yang terkenal di Mesir, pernah berkata, “Tidak ada seorang ulama pun yang setelah meninggal dunia lalu dilihat dalam mimpi memberitahu bahawa Allah mengampuninya karena ilmu yang ia miliki. (Kalaupun ada), mungkin sangat sedikit saja. Tetapi kebanyakan mereka berkata, ‘Allah mengampuni dosaku karena membantu hajat seseorang.’ Oleh sebab itu, aku berharap Allah mengampuniku dengan sebab hal ini.”

Bahkan memberi makan binatang yang sedang kelaparan dan kehausan sekalipun sangat bernilai di sisi Allah. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Allah pernah mengampuni dosa seorang pelacur karena ia memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Sebenarnya, sunnah besar yang kita mimpikan dapat terwujud di negeri kita hanya apabila kita dapat membiasakan diri melakukan sunnah kecil terlebih dahulu. Apabila sunnah kecil itu telah menjadi sebahagian daripada hidup kita, sunnah besar akan menyusul dengan segera menjadi sebahagian daripada masyarakat kita.
Larangan Kecil

Walau bagaimanapun sebalik daripada sikap di atas, kita sebenarnya tidak boleh meremehkan larangan Allah meski sekecil apa pun. Sebab dosa ibarat racun berbahaya yang dapat membinasakan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Seseorang yang berakal dan mencintai hidupnya tidak akan mencuba-cuba untuk meminum racun meski hanya setitik sebab kesannya boleh jadi sangat besar.

Imam Al-Nasai dan Ibn Hibban meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu kadang-kadang tidak mendapatkan rezeki akibat dosa yang dilakukan.” Imam Al-Thabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud dia berkata, “Saya yakin bahawa seseorang dapat melupakan ilmu yang telah dipelajarinya akibat dosa yang dilakukannya.”
Rasulullah SAW memberitahukan bahawa dosa kecil yang dilakukan terus menerus dapat membawa ke neraka. Ibn Al-Mubarak meriwayatkan dari Ibn Mas’ud ia berkata, “Jauhilah dosa-dosa yang dianggap ringan, sebab dosa-dosa itu akan menebal dan seterusnya membinasakan pelakunya.

Oleh sebab itu jangan remehkan satu kalimat yang kita ucapkan sebab kalimat tersebut kadang membawa kita kepada kebinasaan. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sering kali sebuah kata yang diucapkan seseorang dapat membuatnya melayang-layang di Neraka tujuh puluh tahun.” Berdasarkan pengalaman hidup kita, terdapat kes menunjukkan betapa banyak kerenggangan hubungan seseorang dengan temannya, anaknya, isterinya bahkan orang tuanya akibat satu kalimat yang terlepas diucapkan.

Seorang bapak atau ibu kadang mencintai salah satu anaknya melebihi yang lain. Mereka menganggap ringan perlakuan tersebut padahal agama kita menilainya sebagai sebuah kezaliman. Anas bin Malik bercerita: Suatu hari ketika seorang lelaki duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba anak lelakinya datang. Orang itu segera mengambil anak itu, lalu menciumnya dan mendudukannya di pangkuan. Tidak lama kemudian, datang anak perempuannya. Orang itu segera mengambilnya lalu mendudukkannya di samping tempat duduknya. Melihat hal itu, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak adil kepada anakmu ini.” (HR Al-Baihaqi)

Sebahagian besar masyarakat kita, termasuk orang yang bekerja sebagai guru agama, sering kali meringankan bentuk pergaulannya dengan kaum bukan sejenis. Sehingga sering terjadi khalwat yang diharamkan dengan alasan memberi kaunseling agama, meminta fatwa, atau belajar mengaji. Rasulullah SAW selalu memperingatkan bahawa berdua-duaan dengan kaum bukan sejenis merupakan mainan syaitan untuk merosakkan keimanan seseorang. Larangan ini berlaku umum untuk semua orang; tidak peduli usia atau ilmu seseorang. Barang siapa merasa bahawa mereka tidak diliputi oleh larangan ini dengan alasan apa pun, hal itu hanya menunjukkan kejahilannya terhadap syariat agama Islam.

Sayidina Ubadah bin Shamit, seorang sahabat Nabi SAW yang tinggi ilmunya berkata tentang dirinya, “Tidakkah kamu melihat bahawa aku selalu berjalan sambil dipapah, dan hanya memakan makanan yang telah dilembutkan oleh kawanku – maksudnya: kemaluannya telah mati sejak lama. Namun aku tetap tidak suka berkhalwat dengan seorang perempuan yang tidak halal bagiku, meski dibayar dengan seisi dunia. Sebab aku khawatir suatu saat syaitan datang lalu menggerakkannya kembali.” Inilah sikap seorang mukmin sejati yang memahami agamanya dengan mendalam.

Akhir kata, dosa sekecil sebanyak mana pun adalah pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Terserahlah kepada kita apakah akan membiarkan pintu itu terbuka selalu atau segera menutupnya rapat-rapat. Ingatlah, seekor lalat dapat memasukkan seseorang ke dalam neraka. Wallahu a’lam.

KELEBIHAN MEMBERI SALAM

PERKARA pertama yang Nabi S.A.W sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : "Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum Warahmatullah. Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke Hari Qiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

1. Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2. Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut: Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

4. Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk. Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai. Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

5. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

6. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

7. Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.

8. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.” Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

9. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

10. Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

11.Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

12. Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.