Sabtu, 19 Disember 2009

KENAPA DIJADIKAN NERAKA ????

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Khamis, 17 Disember 2009

KENALI JURULATIH UTAMA ANDA ......

NAMA : AHMAD HISHAM BIN YUSOFF
SEKOLAH : SK KOMPLEKS GONG BADAK
BIDANG : PEMULIHAN JAWI, JAWI, DAN PELAPORAN
H/P : 019-9870857
E-MAIL : esyam_jujqaf08@yahoo.com
BLOG : http://www.jujqaftrg.blogspot.com
WEBMASTER : http://skkgbktrg.zoom-a.com
PENGALAMAN :
  • Panel Modul Pemulihan Jawi Tahun 4 - 6.
  • Panel Penggubal Soalan Ujian Pencapaian Jawi.
  • Jurulatih Utama Pintar Al-Quran Pra Sekolah
  • Pensyarah Sambilan IPGDRI


NAMA : MOHD ALLNURULHUDA BIN GHAZALI
SEKOLAH : SK PUSAT CHABANG TIGA
BIDANG : METHODOLOGI PENGAJARAN IQRA' & KHATAM QURAN, PELAPORAN
H/P : 019-9085547
E-MAIL : hudamadani78@gmail.com
PENGALAMAN :
  • Pensyarah Sambilan IPGDRI 
  •  


    NAMA : MUHAMMAD ADAM BIN ALI @ MAT ALI 
    SEKOLAH : SK BATU 48, DUNGUN 
    BIDANG : KEM BESTARI SOLAT, PELAN TINDAK IKUT 
    H/P : 019-9340106 
    E-MAIL : adangali@hotmail.com 
    PENGALAMAN :
    • Panel Modul Pemulihan Jawi Tahun 4 - 6.
    •  
       
      NAMA : WAN MAIZIATUL AKMAR BINTI WAN AHMAD 
      SEKOLAH : SK TENGKU BARIAH 
      BIDANG : BAHASA ARAB & KEM BESTARI SOLAT 
      H/P : 013-9902291, 012-9218057 
      E-MAIL : azmaizie@yahoo.com 
      BLOG : http://wardah-islamiyyah.blogspot.com/ 
      http://arabic-corner.blogspot.com/
      PENGALAMAN :
      • Pakar Rujuk Isi Kandungan - (CD Interaktif Bahasa Arab Tahun 1)
      • Penulis Buku – Kamus Muyassar & Hayya Nata'llam Lughatal Quran
      • Panel Penggubal & Pemeriksa - (Syahadah Maa'had Tahfiz al-Quran-1998/99)
      • Guru Bahasa Arab – 13 tahun
      • Juru Latih Utama Program Pintar al-Quran 
      • Guru Takmir JHEAT 
      • Pensyarah Luar IPG Dato' Razali Ismail 

      SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 ....


      Salam ukhwah buat sahabat dan sahabiah Guru j-QAf seluruh Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

      Di kesempatan Tahun Baru Hijrah ini, saya nak kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ......

      DOA AKHIR TAHUN
      (dibaca selepas solat Asar hari terakhir sebanyak 3 kali).




      DOA AWAL TAHUN
      (dibaca selepas solat Maghrib malam pertama tahun baru sebanyak 3 kali).




      Sama-samalah kita amalkan ... moga mendapat manfaat darinya .... Amin ...

      Sabtu, 12 Disember 2009

      Modul Pelaksanaan Program j-QAF Tahun 6

      Modul j-QAF Tahun 6 telah pun ada dalam laman web ppkt.net. Semua guru j-QAF kat Kuala Terengganu boleh mula download.